Blog ini berkisar tentang Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan bagaimana ABDR dapat membantu menjana Pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dari rumah dan secara online sahaja

Ikut di Sini

Thursday 15 January 2015

Ebook Jana Wang Di Rumah

Teks: KUAZUE MOHD

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

 Salam kasih sayang buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini. Terima kasih kerana sudi melayari blog Jana Wang/Duit hanya dari Rumah.

Kali ini cik azue memperkenalkan ebook Jana Wang Di Rumah.


Ebook ini adalah garapan puan Masayu Ahmad, pengasas bagi AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH, yang mana cik azue merupakan Pengurus Online nya. 
Cerita ini akan dikongsi di lain bicara ya.

Ebook ini merupakan informasi awal iaitu persediaan bagi memulakan kerjaya dari rumah.

Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-

Bab 1: Pendahuluan & Konsep 

Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah. 


Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi 

Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman penulis sendiri yang berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah. 


Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah 

Antara matlamat-matlamat yang boleh digunakan untuk memacu semangat apabila bekerja di rumah.


Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah

6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.


Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah 

10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri .


Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah 

9 persedian yang perlu diketahui sebelum memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.


Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak 

Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk bekerja dari rumah.


Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi 

13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.



Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah 

7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah


Bagi kalian yang bercita-cita untuk bekerja dari rumah dan seterusnya menjana pendapatan dari rumah seperti cik azue, buat lah persediaan dari sekarang.

Miliki ebook ini sebagai panduan bagi merialisasikan impian kalian.


Sekian, 


Wasalam

No comments:

Post a Comment