Blog ini berkisar tentang Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan bagaimana ABDR dapat membantu menjana Pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dari rumah dan secara online sahaja

Ikut di Sini

Thursday 1 September 2016

Bagaimana untuk menjana pendapatan walau dari rumah

Entri: # 12
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi ABDR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Semalam saya nukilkan tentang perbezaan antara seorang suri rumah konvensional dengan seorang surirumah berpendapatan. Mahu baca semula? Jemput klik di sini .

Tepuk hati dan tanya apa mahu kita sebenarnya.
Mahu terus bergelar surirumah ramah tamah tanpa memiliki sebarang pendapatan atau mahu jadi surirumah berpendapatan?
Tidak kisah berapa besar pendapatan itu, pokok pangkalnya kita mampu menjana pendapatan walau masih berada di dalam lingkungan rumah.

Berbalik kepada persoalan di atas, bagaimana saya bleh menjana pendapatan walau hanya dari rumah?
Rata-rata surirumah sekarang ini memiliki akses kepada kemudahan internet. Di sinilah kunci sumber pendapatan kita.

Berdasarkan pengalaman diri, saya bermula secara sampingan sebelum bergelar seorang surirumah sepenuh masa,
Menggunakan sepenuhnya kuasa sentuhan hujung jari dan bermodalkan hobi semata-mata, saya mula menjana pendapatan.

Umum tahu, saya adalah kini seorang penjahit sulaman dan seni kreatif (walau bercuti hampir setahun lebih dek masalah kesihatan), pada asalnya saya hanyalah mencuba-cuba sahaja. Cuba-cuba jahit dan berkongsi hasil jahitan diblog sendiri sekadar untuk mengisi masa lapang. Dari situlah bermulalah kerjaya dari rumah ini.

Cubalah. Tak mencuba, kita takkan pernah tahu hasilnya. Bukan ukuran RM pada mulanya yang disasarkan. Berkongsi hasil jahitan hanyalah untuk mencari kenalan bagi menukar ilmu jahitan. Siapa tahu, kuasa Ilahi, dari mencari ilmu, terus menjana pendapatan. Alhamdulillah.

Bertemu keluarga ABDR 3 tahun nan lalu, membuka jalan bagaimana blog dan surirumah boleh menjana pendapatan.
Hanya blog dan cara penulisan bermutu yang diajarkan di dalam kelas ABDR membantu saya memacakkan diri di alam maya lantas menyumbang kepada penjanaan pendapatan kepada saya, Syukur Alhamdulillah.

Kalian yang masih tercari-cari idea untuk memulakan bisnes dari rumah, jemput baca ebook ini

Ebook 101 Idea Homebased Bisnes (oleh puan Masayu Ahmad)

Harga; RM50

Di dalam ebook ini terdapat banyak idea bagaimana untuk kita bermula. Samada bermula sebagai agen 'dropship' sehinggalah kepada hasil produk sendiri. Cari dan gali apa minat dan kemahiran yang kita ada melalui ebook ini, selain dapatkan tips-tips sebelum bermula.

Sudah dapat idea? Mula buat dan mula promosi secara atas talian. Mudah bukan. 

Dan beginilah cara saya menjana pendapatan. Mana tahu nanti kalian pula dapat merasa sama hasil pendapatan atas talian ini.

Bagi kalian yang ingin mendapatkan ebook ini, kalian boleh hubungi saya melalui PM di facebook atau email ke azuriyahmohamad@gmail.com


Sekian. 
Wasalam


 ~ Azuriyah Mohamad ~
Pengurus Online ABDR
Penjahit Sulaman dan Seni Kreatif