Blog ini berkisar tentang Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan bagaimana ABDR dapat membantu menjana Pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dari rumah dan secara online sahaja

Ikut di Sini

Wednesday 31 August 2016

Merdeka

Entri: #12
Teks: Azuriyah Mohamad
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 12, 1437H
(15 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wasalam

posted from Bloggeroid

Tuesday 30 August 2016

Suri Rumah Vs Suri Bekerja dari Rumah

Entri: # 11
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto:

   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang dan terima kasih kerana sudi melayari blog Panduan Menjana Pendapatan Dari Rumah.

Hari ini cik azue nak menulis tentang SURI RUMAH.
Apa itu suri rumah dan apakah bezanya suri rumah sepenuh masa dengan suri rumah yang bekerja dari rumah (WAHM).

Umum tahu, bila mana seseorang perempuan itu mengambil keputusan menamatkan kerjaya bermajikan dan kembali berada di dalam rumah dan persekitarannya, dia akan bergelar SURI RUMAH.
Suri yang akan bertanggung jawab sepenuhnya di rumah dari seremeh-remah perkara hingga kadang kala ada yang terpaksa memikul tanggungjawab si suami menyelesaikan segala perkara bersangkutan rumah dan persekitarannya tanpa mendapat imbuhan tetap bernilai RM buat diri sendiri di setiap penghujung bulan. Suri rumah juga selalu dikategorikan sebagai seorang yang membuat kerja rumah tanpa punya wang gaji.

Suri rumah sepenuh masa
Apa itu suri rumah sepenuh masa?
Suri rumah sepenuh masa adalah seorang perempuan/suri yang kerjanya hanya memberi tumpuan utama kepada keluarganya semata-mata. Iaitu kepada anak-anaknya, suami dan urusan rumah tangga. Dia tidak mempunyai sebarang sumber kewangan dan dia juga tidak melakukan apa-apa pekerjaan bagi memperoleh pendapatan bagi menyumbangan kepada keluarga. Kehidupannya hanyalah berkisar kepada diri dan keluarga serta persekitarannya sahaja.

Suri bekerja dari rumah
Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.

Apakah tanggapan masyarakat terhadap suri rumah
Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.
Jom tepis pandangan ini secara positif jika sudah tekad mahu bekerja dari rumah.

Sertai mana-mana kelas online berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
servis yang ditawarkan
9. Tempahan blog bisnes/penulisan - siap 3 hari
10. Beriklan di soho directory
Hubungi saya untuk sertai mana-mana kelas pilihan di ABDR


Wasalam

Azuriyah Mohamad. 
Pengurus Online ABDR