Blog ini berkisar tentang Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan bagaimana ABDR dapat membantu menjana Pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dari rumah dan secara online sahaja

Ikut di Sini

Wednesday 4 March 2015

Entri # 4 : Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ABDR

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



 Salam kasih sayang. Hari ini cik azue nak berkongsi tentang Akademi Bekerja Dari Rumah atau singkatannya ABDR.


Bagi kalian yang baru pertama kali mendengarnya, ABDR adalah sebuah kesatuan yang menghimpunkan para suri atau sura yang bekerja secara sepenuh masa (suri/sura rumah sepenuh masa) atau sambilan (suri/sura yang bekerjaya dan bermajikan) dari rumah. Merupakan satu platform bagi para suri atau sura berlatih untuk menjana pendapatan walau pun berada di rumah.

ABDR merupakan satu kumpulan yang memberi sokongan melalui kelas latihan secara online kepada ahli yang bernaung di bawahnya.
Sehingga entri ini tercatat, telah terdapat lebih 900 blog peserta ABDR dengan pelbagai kelas online (atas talian) yang ditawarkan bagi melatih para peserta untuk menguasai pasaran online.

ABDR adalah beroperasi secara 100% di atas talian melalui platform blog dan Fanpage niaga di Facebook. Kelas-kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial di mana para protege (peserta) akan dibekalkan dengan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama.
Selepas setiap kali pendaftaran, protege akan dimasukkan ke dalam 'group' kelas online di laman 'Facebook' dan di situ protege dan guru akan berkomunikasi secara 'one to one'.
Bagi kalian yang berasakan tidak mahir dengan teknologi, jangan susah hati, terdapat nota dan tutorialbergambar yang disediakan di dalam group kelas online tersebut serta guru bertanggungjawab akan memantau sehingga kalian siap tugasan.
Jadual pembelajaran dan pengajaran adalah bersifat fleksibel yang mana kalian protege yang tentukan sendiri masa kelas dan masa menyiapkan tugasan (blog kalian sendiri).

Pada yang risau tentang tugasan kelas, tugasan kelas adalah sebenarnya tugasan yang membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Di sini, setiap tugasan yang diberi harus dijawab diblog masing-masing melalui 'update' entri blog. Protege hanya perlu ada gadget seperti komputer atau talifon pintar serta capaian internet. Dengan ini, tugasan boleh dibuat bila-bila masa dan walau di mana kalian berada.

Jaminan Kelas.
ABDR tidak menjaminkan yang protege akan terus berjaya. Sebaliknya, ianya bergantung kepada daya usaha protege itu sendiri. Jika kita rajin berusaha dan menuntut ilmu, dengan mudah dan cepat sahaja kita sudah dapat menyiapkan tugasan dan mencapai sasaran pasaran internet. Semakin cepat kita, semakin cepatlah kita boleh menjana pendapatan walau hanya berada di rumah.


Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online serta kepada mereka yang masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. 


Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog

Secara ringkasnya, ABDR adalah satu platform yang melatih para peserta bagi menjana pendapatan tanpa perlu keluar dari rumah.

ABDR adalah :- 

*Kumpulan sokongan untuk suri rumah dan suri bekerjaya
*Kumpulan latihan suri belajar berbisnes online
*Belajar mula menggunakan blog sebagai salah satu cara memperkenalkan diri pada pembaca dan bakal pelanggan
*Mula belajar bisnes secara dropship
*ABDR landasan untuk suri rumah belajar berbisnes secara online tanpa perlu tinggal urusan anak dan keluarga
*ABDR landasan untuk suri bekerjaya berbisnes secara sampingan
*ABDR landasan untuk suri yang mahu bergelar wahm/fahm



Jika kalian ingin bersama ABDR, bolehlah hubungi cik azue di 

FB: Azuriyah Mohamad (pautan di kanan blog)
WhatsApp: 013-2700020


Hingga ini dahulu, nanti cik azue sambung jenis-jenis kelas yang ditawarkan oleh ABDR

Maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Terima Kasih dan Wasalam

No comments:

Post a Comment