Blog ini berkisar tentang Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan bagaimana ABDR dapat membantu menjana Pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dari rumah dan secara online sahaja

Ikut di Sini

Thursday 15 January 2015

Bekerja dan Jana Wang Dari Rumah



Teks: KUAZUE MOHD 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini. Terima kasih kerana sudi melayari blog Jana Wang/Duit hanya dari Rumah.

Kali ini cik azue nak berkongsi dengan kalian statistik tentang bekerja dari rumah dan seterusnya Jana Wang Dari Rumah. 
Terdapat statistik yang menunjukkan bahawa  13% daripada pekerja yang pernag bekerja di pejabat telah berubah memperolehi pendapatan yang lumayan dengan hanya bekerja dari rumah, sama ada secara sepenuh masa mahupun secara separuh masa. 

Terdapat beberapa faktor sebenarnya yang telah menarik kalangan pekerja ini untuk bekerja sendiri dan dari rumah khususnya.

Faktor-faktor yang menarik minat adalah seperti berikut:



1) Bekerja mengikut jadual kerja sendiri. Rata-rata kalangan yang memilih bekerja dari rumah adalah kerana dapat menyediakan satu jadual kerja yang anjal serta tidak terikat dengan satu-satu masa. Mereka dapat bekerja dalam ruang masa yang memenuhi citarasa tersendiri bagi menghasilkan satu pulangan yang optimum.

2) Diri sendiri adalah majikan bagi diri sendiri. Dengan kata lain, tiada lagi tekanan dari pihak atasan dalam menyelesaikan sesuatu tugas melainkan daripada pelanggan itu sendiri.

3) Dapat mengawal jumlah pendapatan sendiri iaitu jika mahu lebih wang, maka sudah semestinya bekerja lebih masa dan lebih hebat. Ini bermaksud, kita tentukan sendiri jumlah pendapatan bulanan, mahupun harian kita sendiri. Jika rajin usaha, maka lebihlah imbuhan yang dapat dinikmati. Berbanding bekerja makan gaji, kebanyakkan gaji telah siap diselaras mengikut skala bayaran tertentu walau sekuat mana pun kita bekerja.

Ketiga-tiga faktor ini merupakan faktor paling besar mengapa kebanyakan orang memilih untuk bekerja dari rumah dan seterusnya menjana wang dari rumah.

Namun, adalah diingatkan, sebelum kalian mahu berubah arah, sebaiknya kalian pertimbangkan baik buruk sesuatu keputusan itu terlebih dahulu.

Bagi membantu kalian membuat keputusan dan perancangan dengan lebih baik, baca dahulu ebook Panduan Jana Wang Dari Rumah ini.


Diharap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kalian yang sedang merancang bagi memulakan kerjaya dari rumah dan seterusnya menjana wang dari rumah.

Sekian,

Wasalam

No comments:

Post a Comment