Blog ini berkisar tentang Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan bagaimana ABDR dapat membantu menjana Pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dari rumah dan secara online sahaja

Ikut di Sini

Saturday 7 March 2015

Jana Pendapatan Bermula Dengan Penulisan Blog


Entri: # 5
Teks: KUAZUE MOHD


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

 Salam kasih sayang buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini. 
Terima kasih kerana sudi melayari blog Panduan Menjana Pendapatan Dari Rumah.

Kali ini kita berkongsi bagaimana ABDR dapat membantu kita menjana pendapatan hanya bermula dengan penulisan Blog dan boleh dilakukan di mana sahaja, tanpa perlu keluar dari rumah, dengan syarat ada capaian internet.

Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) ada menawarkan kelas-kelas latihan secara dalam talian (online) bagi melatih kita menulis BLOG dengan baik yang mana akhirnya dapat membantu kita menjana pendapatan.

Kelas-kelas online yang ditawarkan oleh ABDR adalah terdiri daripada 2 kelas asas, iaitu (1) Kelas Asas Blog dan Penulisan dan (2) Kelas Asas Blog dan Fanpage (khusus bagi kalian yang mempunyai perniagaan online)


Berikut diterangkan serba sedikit tentang dua kelas utama yang menjadi pilihan protege akademi.

1) Kelas Asas Blog dan Penulisan

Kelas ini memberi pendedahan dan panduan untuk membina BLOG yang disukai pembaca, membina 'networking dan pengaruh penulisan blog serta penjenamaan dalam carian GOOGLE/YAHOO.
Jika kalian berhasrat mahu memiliki 'Follower' atau pengikut tegar, tiada yang mustahil kerana setiap kita adalah unik dan tersendiri. Akademi melalui barisan guru terlatih akan membantu menggilap potensi diri yang ada dalam diri kita melalui tunjuk cara dan latihan penulisan blog yang berkualiti serta berkesan.

Secara ringkasnya, Kelas Asas Blog dan Penulisan akan membantu kalian bakal protege untuk :

a) Menulis secara santai, tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini sebenarnya adalah salah satu cara bagi menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog kalian.

b)Membantu membina tapak awal bagi memperkenalkan diri kepada pembaca atau bakal pelanggan

c) Belajar untuk menulis dan latihan menulis yang dapat membantu untuk mengekalkan momentum penulisan

d) Belajar teknik penulisan yang mempengaruhi pembaca untuk datang dan datang lagi membaca.

e) Bergabung dengan lebih ramai 'blogger' - sehingga entri ini tercatat, terdapat lebih 900 blog yang bersama akademi yang mana setiap satu blog adalah saling berkait bagi membantu aliran traffic ke blog masing-masing

f) Menggunakan teknik penulisan yang betul, ramai yang mahu bermula, tetapi tidak tahu cara, dapat dilatih dengan begitu sempurna penghasilan blognya.

g) Mempelajari dan mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis diblog.

h) Kelas ini juga sesuai bagi kalian yang sudah punya blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.




1) Kelas Asas Blog dan Fanpage (khusus untuk berbisnes)

Kelas ini memberi pendedahan dan panduan khusus bagi kalian yang 'zero' tentang urus niaga online. Kelas ini adalah langkal awal protege bagi membina kedai online dan latihan urus niaga. Dapat pelajari teknik urusniaga berkesan dari pakar pemasaran yang ada dalam akademi dan seterusnya dapat juga pelajari teknik membina rangkaian bisnes sendiri.

Secara ringkasnya, Kelas ini adalah 

a) khusus bagi kalian yang benar-benar 'zero' tentang urusniaga secara online

b) Mahu untuk bermula tetapi tidak tahu cara

c) Mahu bermula tetapi tidak ada produk. Pihak akademi akan membantu dengan menyediakan beberapa produk pilihan iatu, produk makanan sunnah, buku-buku, pakej ebook, ruang pengiklanan atau menjadi sebahagian rakan niaga akademi.

d) Membantu untuk belajar menjana pendapatan awal sebanyak RM10, kemudian, RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (yang mana tertakluk kepada usaha protege yang bernaung di bawah ABDR)

e) juga sesuai buat kalian yang sibuk, surirumah sepenuh masa serta kalian yang masih berkerjaya yang mahu berniaga secara sambilan. Ini semua adalah sediaan awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan. 

f) Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan pakar-pakar pemasaran yang lain serta dapat membina jaringan bisnes secara online.

g) Analisa dahulu sebelum bermula untuk kenal pasti apa produk yang sesuai berdasarkan minat atau pengalaman. Di sini akan belajar membina blog kedai sendiri, belajar menulis secara konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat Fanpage, belajar buat pautan antara blog dan fanpage  serta belajar membuat pautan antara blog - blog untuk mendapatkan aliran trafik.


Namun, jika kalian tidak punya masa untuk mengikuti kelas-kelas tertera di atas, usah khuatir, kami di ABDR juga menawarkan Pakej Membuat Blog yang mana menepati semua yang patut ada dalam satu blog seperti mana kalian mengikuti kelas asas blog seperti di atas. Yang berbeza cuma, tiada latihan penulisan.

Pihak akademi akan membantu membangunkan blog kalian dan blog perniagaan kalian juga akan kami masukkan untuk beriklan selama setahun di direktori pengiklanan akademi.


Jika kalian berminat untuk tahu lebih lanjut, bolehlah hubungi cik azue di 

Whatsapp : 013-2700020




Sehingga entri akan datang.

Wasalam.



1 comment: