Blog ini berkisar tentang Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan bagaimana ABDR dapat membantu menjana Pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dari rumah dan secara online sahaja

Ikut di Sini

Thursday 28 May 2015

Blog dan Jana Pendapatan

Entri: # 8
Teks: Kuazue Mohamad



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Bagaimanakah caranya kita boleh menjana pendapatan melalui blog?
Salah satu syarat adalah, kita harus tulis dan kongsi apa yang kita ada, kita rasa dan kita alami. 
Ya semua yang berkenaan dengan kemahiran, ilmu, motivasi, kita boleh tulis dan sebarkan melalui penulisan di blog, untuk manfaat bersama yang mana secara tidak langsung dapat membantu kita menjana pendapatan.

Apabila kita menulis diblog, kita sebenarnya sedang membina pembaca dan pengikut blog kita sendiri. Dari situ mereka boleh baca perkongsian mahupun iklan kita.


Sebegitu juga dengan kalian yang bergelar 'orang bisnes'. Jika kalian mahu menggunakan blog sebagai salah satu paltform pemasaran, kalian haruslah
1. Tulis apa sahaja berkaitan manfaat produk.
2. Tulis peluang kepada sesiapa sahaja contohnya surirumah yang mahu sama menyertai rakan niaga bisnes kalian.
3. Tulis tentang produk dan tahu siapa sasaran pelanggan yang membaca blog.
4. Tulis tentang pengalaman bisnes sebelum ini
5. Tulis tentang manfaat penggunaan produk kepada pembaca. Tambah senarai produk atau jadikan katalog produk

Baik, Siapa pula sebenarnya yang layak untuk menjana pendapatan dari rumah?
Sebenarnya, sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar, semuanya boleh. Ianya boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.
Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan?
Semuanya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?
Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.
Kembali bekerja
Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.
Sasaran dalam jangka masa pendek
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.
Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.
(sumber : http://naufalsayang.blogspot.com/…/siapa-layak-bekerja-dari…)

Oleh sebab itu, kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) menawarkan kelas asas blog online untuk kita belajar berkongsi dan menulis kepakaran yang kita ada.
Sertai kami dengan mengikuti mana-mana kelas yang ditawarkan.
Kelas paling popular sepanjang masa adalah seperti berikut.

1. Kelas asas blog penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan
2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal

Menarik bukan? Jika teruja dan sangat berminat, apa kata, kalian belajar cara ini dengan lebih lanjut dengan daftar sebagai protege di akademi bekerja dari rumah. Semuanya dihujung jari.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Berminat untuk daftar boleh hubungi saya.

~ Azuriyah Mohamad ~
        013-2700020
Pengurus Online ABDR
Penjahit Sulaman dan Seni Kreatif



1 comment:

  1. Selamat menjalankan ibadah berpuasa Azu.
    Moga semakin maju businesss tu.

    ReplyDelete