Blog ini berkisar tentang Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan bagaimana ABDR dapat membantu menjana Pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar dari rumah dan secara online sahaja

Ikut di Sini

Thursday 15 January 2015

Ebook Jana Wang Di Rumah

Teks: KUAZUE MOHD

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

 Salam kasih sayang buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini. Terima kasih kerana sudi melayari blog Jana Wang/Duit hanya dari Rumah.

Kali ini cik azue memperkenalkan ebook Jana Wang Di Rumah.


Ebook ini adalah garapan puan Masayu Ahmad, pengasas bagi AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH, yang mana cik azue merupakan Pengurus Online nya. 
Cerita ini akan dikongsi di lain bicara ya.

Ebook ini merupakan informasi awal iaitu persediaan bagi memulakan kerjaya dari rumah.

Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-

Bab 1: Pendahuluan & Konsep 

Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah. 


Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi 

Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman penulis sendiri yang berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah. 


Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah 

Antara matlamat-matlamat yang boleh digunakan untuk memacu semangat apabila bekerja di rumah.


Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah

6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.


Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah 

10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri .


Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah 

9 persedian yang perlu diketahui sebelum memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.


Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak 

Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk bekerja dari rumah.


Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi 

13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.



Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah 

7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah


Bagi kalian yang bercita-cita untuk bekerja dari rumah dan seterusnya menjana pendapatan dari rumah seperti cik azue, buat lah persediaan dari sekarang.

Miliki ebook ini sebagai panduan bagi merialisasikan impian kalian.


Sekian, 


Wasalam

Bekerja dan Jana Wang Dari Rumah



Teks: KUAZUE MOHD 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini. Terima kasih kerana sudi melayari blog Jana Wang/Duit hanya dari Rumah.

Kali ini cik azue nak berkongsi dengan kalian statistik tentang bekerja dari rumah dan seterusnya Jana Wang Dari Rumah. 
Terdapat statistik yang menunjukkan bahawa  13% daripada pekerja yang pernag bekerja di pejabat telah berubah memperolehi pendapatan yang lumayan dengan hanya bekerja dari rumah, sama ada secara sepenuh masa mahupun secara separuh masa. 

Terdapat beberapa faktor sebenarnya yang telah menarik kalangan pekerja ini untuk bekerja sendiri dan dari rumah khususnya.

Faktor-faktor yang menarik minat adalah seperti berikut:



1) Bekerja mengikut jadual kerja sendiri. Rata-rata kalangan yang memilih bekerja dari rumah adalah kerana dapat menyediakan satu jadual kerja yang anjal serta tidak terikat dengan satu-satu masa. Mereka dapat bekerja dalam ruang masa yang memenuhi citarasa tersendiri bagi menghasilkan satu pulangan yang optimum.

2) Diri sendiri adalah majikan bagi diri sendiri. Dengan kata lain, tiada lagi tekanan dari pihak atasan dalam menyelesaikan sesuatu tugas melainkan daripada pelanggan itu sendiri.

3) Dapat mengawal jumlah pendapatan sendiri iaitu jika mahu lebih wang, maka sudah semestinya bekerja lebih masa dan lebih hebat. Ini bermaksud, kita tentukan sendiri jumlah pendapatan bulanan, mahupun harian kita sendiri. Jika rajin usaha, maka lebihlah imbuhan yang dapat dinikmati. Berbanding bekerja makan gaji, kebanyakkan gaji telah siap diselaras mengikut skala bayaran tertentu walau sekuat mana pun kita bekerja.

Ketiga-tiga faktor ini merupakan faktor paling besar mengapa kebanyakan orang memilih untuk bekerja dari rumah dan seterusnya menjana wang dari rumah.

Namun, adalah diingatkan, sebelum kalian mahu berubah arah, sebaiknya kalian pertimbangkan baik buruk sesuatu keputusan itu terlebih dahulu.

Bagi membantu kalian membuat keputusan dan perancangan dengan lebih baik, baca dahulu ebook Panduan Jana Wang Dari Rumah ini.


Diharap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kalian yang sedang merancang bagi memulakan kerjaya dari rumah dan seterusnya menjana wang dari rumah.

Sekian,

Wasalam

Jana Wang/Duit hanya dari Rumah

Teks: KUAZUE MOHD 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini. Terima kasih kerana sudi melayari blog Jana Wang/Duit hanya dari Rumah.



Blog ini dihasilkan bagi berkongsi maklumat bagaimana kita boleh Jana Wang/Duit hanya dari Rumah berserta perkongsian secara peribadi bagaimana cik azue menjana pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jana Wang/Duit hanya dari Rumah? Ya, sebenarnya, kita boleh menjana wang/duit walau pun kita sebenarnya hanya berada di rumah. Ini bermaksud, kita hanya bekerja mencari wang/duit dengan hanya berada dirumah atau dengan hanya bekerja dari rumah.

Perkara yang boleh menjana wang/duit dari rumah ini sebenarnya boleh kita lakukan sama ada secara sepenuh masa mahu pun secara sambilan, yang mana bermaksud kita menjana pendapatan secara sampingan.

Apakah yang boleh kita lakukan bagi menjana wang hanya dari rumah? Sebenarnya, untuk makluman, banyak perkara yang boleh membawa kita kepada menjana wang / duit walau hanya dari rumah. Sebagai contoh, kita boleh menjana duit dengan hanya menawarkan perkhidmatan menjaga dan mengasuh bayi atau pun kita boleh juga menukar sesuatu hobi kita menjadi penjana duit dengan hanya mempromosikan atau berkongsi hasil kerja tangan kita sama ada kepada jiran tetangga atau pun secara online melalui aplikasi 'Facebook' atau 'Instagram'.
Kedua-dua perkara ini adalah contoh bagaimana kita dapat menjana wang / duit dari rumah.

Bagi kalian yang ingin tahu lebih lanjut, bagaimana persediaan kita bagi menjana wang dari rumah, terdapat satu ebook yang bertajuk : Panduan Menjana Wang dari Rumah. 

Ebook ini secara amnya dapat memberikan panduan bagaimana persediaan kita bagi menjana wang dari rumah dengan bekerja dari rumah.


Diharap perkongsian pengenalan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah kita di alam maya ini. Dan juga diharap apa yang diperkongsikan di sini dapat memberi suntikan semangat buat kalian yang bercita-cita untuk bekerja dari rumah dan seterusnya Menjana Wang Dari Rumah.

Sekian buat kali ini. 

Wasalam